Monday, July 13, 2009

NW 5 ~ Kawalan Biotik

My Rainbow Text - http://www.myrainbowtext.com



  • Satu bahagian di bawah Hypothalamus.
  • Frequency antara 413 - 421 nanometer menyamai vibration warna indigo yang terang.
  • Berfungsi mengawal antibiotik secara semulajadi.

Antara perkara atau symptom yang berkaitan:

Memberi kekuatan kepada sel untuk mempertahankan diri, antibakteria, antioksidan, membantu probiotik, alahan, bengkak akibat sengatan, mudah kudis / luka / ruam, antivenom gigitan haiwan berbisa.

Kaitan dengan pembelajaran : Kecenderungan / Keceriaan

  • Sekiranya seseorang selalu mengeluh-bosannya, boringnya dan ungkapan seumpamanya ialah seorang yang lemah sistem antibodinya. Antibiotik semulajadi tubuhnya juga lemah untuk menentang sebarang penyakit.
  • Antara sikap yang ditonjolkan oleh mereka yang lemah sistem antibodinya ialah gangguan keceriaan. Mereka yang tidak ceria akan melakukan sesuatu tanpa merasa puas. Contohnya apabila menonton TV, mereka akan menontonnya dengan lama. Apabila bermain (bagi kanak-kanak), mereka akan bermain dengan lama. Tetapi mereka tetap tidak akan puas dan akan mengulangi bermain atau menonton dengan lama pada hari yang berikutnya. Sepatutnya mereka yang normal di bahagian kawalan biotik atau keceriaannya akan rasa puas walaupun bermain sebentar atau menonton TV untuk tempoh yang singkat.
  • Bagi remaja, mereka akan mengisi kebosanan dengan cara bersosial atau keluar berjumpa dengan rakan-rakan. Kadang kala mereka keluar ke pusat memebeli belah tanpa hala tujuan. Tetapi mereka tetap tidak akan merasa puas dan akan terus keluar setiap hari. Sampai pada peringkat yang lebih teruk lagi mereka akan mengambil bahan terlarang seperti merokok, mengambil dadah, mengambil akohol. Selain itu, mereka akan membuat perkara yang baru untuk meningkatkan lagi kepuasan yang disangkakan dapat mengisi kebosanan seperti menonton bahan lucah hingga ingin mencubanya.

    Antara tanda atau simptom yang berkaitan dengan kelemahan pada bahagian sistem antobodi ialah seperti berikut:

    1. Muka berjerawat dan ada masalah kulit.
    2. Alahan dengan habuk.
    3. Mudah mendapat kudis.
    4. Luka lewat sembuh.
    5. Suka memakai pakaian yang menyamai level warna NW5 atau indigo atau pakaian gelap.


Tabiat sering berkata "bosan" atau "boring" secara berterusan akan mematikan lagi lebih banyak sel-sel dormant (sel yang hidup dan berpotensi tetapi kurang aktif atau kurang digunakan) di bahagian otak.

Psikologi ketika sihat

  1. Merangsang perasaan gembira dan tenteram semula jadi
  2. Menghilangkan rasa bosan
  3. Mengawal serangan bakteria
  4. Menguatkan semangat sebelum menziarahi kematian
  5. Pertahanan tubuh

Apabila bercakap mengenai antibiotik, kita tentu membayangkan antibiotik yang biasa diambil apabila pergi ke klinik, tetapi mari kita lihat fungsi antibiotik tersebut berdasarkan maklumat daripada doktor konvensional, malahan informasi ini boleh dikatakan telah diketahui umum melalui penulisan-penulisan pakar samada di laman web, buku atau suratkhabar.

"Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria.Antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik. Ini bermaksud,tiada faedah sekiranya kita memberi antibiotik untuk anak yg demam,batuk atau selsema. Doktor terutama di klinik swasta memberi antibiotik kepada pesakit kerana mereka tidak pasti samada penyakit tersebut disebabkan bakteria atau virus, antara sebab lain, ibubapa yang terlalu mendesak untuk mendapatkan antibiotik kerana mereka beranggapan antibiotik mampu menyembuhkan penyakit walhal pada hakikatnya antibiotik boleh menyebabkan alahan dan mempunyai kesan sampingan."
(sumber : Blog Dr. Azwan)

Penjagaan Kawalan Biotik

Pemakanan yang sihat, antara yang disyorkan Diamond Black Seed dari CVT; kombinasi Habbatus Sauda' dan Bawang Putih dimana ia telah begitu lama diketahui sebagai “herba ajaib” dengan reputasi sebagai pencegah penyakit daripada demam biasa dan selsema sehinggalah kepada wabak ! Pada masa sekarang, wabak yang melanda seluruh dunia ~ H1N1.

Sains moden telah membuktikan bahawa bawang putih merupakan antibiotik semulajadi yang amat baik. Kajian menunjukkan bawang putih mempunyai kesan antioksidan yang berkuasa di mana ia membantu melindungi tubuh daripada gangguan dan kemusnahan oleh radikal bebas. Selain daripada antioksidan dan antibiotik semulajadi, ia juga mampu bertindak sebagai agen anti-kuat dan merangsang sistem imun tubuh.

Semoga dapat manfaat dari bacaan ini, terima kasih.