Dimana-mana, kita disarankan minum air 8 gelas sehari. Sekiranya kita berjumpa doktor, kebanyakannya akan menasihati agar banyakkan minum air untuk sihat. Berlainan dengan pakar Colour Vibration Therapy (CVT), kita disarankan supaya kurang minum air. Malahan, sehari sebenarnya, tubuh kita hanya memerlukan 1 1/2 gelas air sejuk sahaja sehari. Mungkin ramai yang sangsi, dan ada juga yang memberi alasan, bibir akan kering sekiranya kurang minum air. Maklumat mengenai tatacara minum air dan kemudaratan yang akan dialami sekiranya kita minum banyak air boleh didapati dalam blog Dr. Ariffaizal di artikel Petua Pengambilan Makanan. Semoga kita dapat manfaat dari artikel ini.
Di sini juga, saya kongsi bersama kajian yang telah dibuat oleh Universiti Pennsylvania yang dimuatkan dalam suratkhabar Utusan Malaysia bertarikh 4 April 2008. Kepada pembaca yang tidak berkesempatan membacanya boleh merujuk di sini. Artikel tersebut bertajuk "Minum air banyak tidak bermakna lebih sihat - Kajian."
WASHINGTON 3 April - Satu kajian oleh Universiti Pennsylvania menunjukkan tanggapan bahawa minum air dalam kuantiti yang banyak baik untuk kesihatan sebenarnya tidak mempunyai bukti kukuh.
Dua penyelidik dari universiti tersebut, Dr. Stanley Goldfarb dan Dr. Dan Negoianu yang mengkaji risalah saintifik mengenai kesan air terhadap kesihatan mendapati pengambilan air yang banyak tidak bermakna seseorang itu akan lebih sihat.
Mereka mendapati, orang yang tinggal di kawasan beriklim panas memang memerlukan lebih banyak air sementara orang yang menderita beberapa jenis penyakit lebih cergas dengan pengambilan air yang lebih.
"Namun ia tidak menunjukkan minum air dalam kuantiti yang banyak akan menjamin kesihatan seseorang itu,"tegas mereka.
Hasil kajian yang disiarkan dalam Journal of the American Society of Nephrology itu sekaligus menafikan saranan bahawa minum lapan gelas sehari akan membuatkan "seseorang itu lebih sihat."
Penemuan mereka itu sekaligus mengiakan kajian Dr. Heinz Valtin dari Sekolah Perubatan Dartmouth pada 2002 yang mendapati saranan pengambilan banyak air adalah "dongeng dan bukan satu dogma perubatan."
Goldfarb dan Negoianu menjalankan ujian dalam "empat mitos besar" mengenai pengambilan air dengan banyak iaitu pembuangan toksin, meningkatkan warna kulit, mengurangkan rasa lapar dan menurunkan kekerapan sakit kepala.
Pembaca budiman, semoga dapat manfaat atas maklumat ini.
No comments:
Post a Comment