Antara rahsia solat pada waktu tengah malam :
- Pakar perubatan mendapati bahawa waktu solat antara jam 3-4 pagi amat baik untuk kesihatan. Semasa itu, oksigen sedang tepu di atmosfera bumi dan oksigen tepu ini sangat baik untuk paru-paru. Ia akan hilang apabila matahari terbit.
- Pakar dari England, Prof. Dr. Ray Meddis mengatakan tidur sempurna memadai 3 hingga 5 jam sehari. Seseorang akan dapat deep sleep antara 3 hingga 4 jam sahaja, bagi yang tidur 7 jam, masa selebihnya hanya tidur-tidur ayam.
- Pergerakan solat adalah sama dengan senaman. Semasa berdiri tegak dan bertakbir, rongga toraks dalam paru-paru dibesarkan isi padunya, membenarkan lebih banyak udara masuk, dan seterusnya udara tersebut akan diagih-agihkan ke seluruh anggota melalui pergerakan solat.
- Posisi duduk antara dua sujud dan tahiyat yang melibatkan pergerakan tumit, pangkal paha, kelengkang dan jari kaki, dapat melancarkan perjalanan darah dan merupakan suatu bentuk senaman. Ketika rukuk, tangan diletak atas lutut. Kedudukan punggung yang mendatar bagi menggerakkan ruas tulang punggung, tulang leher dan sebagainya. Pergerakan ini dipercayai mampu menghilangkan stres.
Walau bagaimanapun, niat utama untuk solat jangan dilupakan; untuk menunaikan kewajipan dan beribadat kepadaNya disamping dapat manfaat sebagai seorang hambaNya.
No comments:
Post a Comment