Sumber : http://www.rawatankesihatan.com/
Terletak di bawah sedikit daripada Kelenjar Pineal. Frequency antara 100 - 200 nanometer menyamai vibration sinar atau warna putih.
Kelenjar Pituitary merembeskan dua jenis hormon yang dinamakan vasopressin dan oxytoccin. Kedua-dua hormon ini memiliki rahsia kekonduksian elektrik. Sesetengah rawatan alternatif menggelarkan hormon ini dengan istilah "groin hormon" yang merujuk kepada fungsi pembesaran tubuh, pertumbuhan sel baru dan awet muda.
Kelenjar Pituitary yang lemah akan menjejaskan fungsi sistem keseluruhan tubuh. Sistem hormon yang seimbang akan menjadikan daya pengawalaturan (organiser) nukleus setiap sel seluruh tubuh terganggu. Gangguan pengawalaturan dapat dilihat dalam bentuk psikologi manusia iaitu "ingatan". Maksudnya, pituitary berfungsi mengawal daya ingatan.
Secara asasnya jika Kelenjar Pituitary lemah, maka daya ingatan kita akan lemah. Ingatan yang terganggu akan menjadikan kerja harian kita bertambah kelam kabut. Kelemahan yang berterusan akan mengganggu isyarat elektrik di bahagian otak maka akan timbul simptom seperti Epilepsi. Apabila urik asid berlebihan di dalam tubuh, maka logam berat yang melemahkan Kelenjar Pituitary akan menyebabkan simptom Parkinsonisme, iaitu melemahkan keupayaan pergerakan otot yang disebabkan oleh tersekatnya impuls dari otak.
Antara simptom lain akibat kelemahan Pituitary adalah seperti jadual di bawah;
- Damentia ~ Kenyanyukan
- Epilepsi ~ Gangguan elektrik otak
- Meningitis ~ Keradangan selaput otak
- Paraplegia ~ Kelumpuhan bahagian bawah
- Parkinsonisme ~ Isyarat motor terganggu
- Ensetalitis ~ Keradangan otak
- Poliomielitis ~ Kelumpuhan menyeluruh
Pembelajaran :
Petua Penjagaan Kelenjar Pituitary
1. Tidur awal setiap malam.
2. Tidak tidur dalam keadaan terang. *(semasa di dalam perut ibu, kita berada dalam gelap dan tidak merasa takut, sekiranya sudah dewasa dan masih takut untuk tidur dalam kegelapan, bermakna kita mempunyai masalah)
3. Tidak makan kobis, bayam, kepala ikan, ikan keli atau seumpamanya. *(yang dimaksudkan dengan logam berat)
4. Tidak makan makanan yang mengandungi perasa, penahan dan pewarna tiruan.
5. Tidak mencuci rambut ketika haid (bagi wanita). *(sekiranya rambut dicuci semasa haid, kelenjar pituitari berada dalam keadaan lembap dan tidak mampu menguraikan logam berat,kesannya apabila meningkat usia, kita akan mengalami sakit kepala yang keterlaluan)
6. Cuba mengamalkan kismis (amaran: ikut dos, jangan makan berlebihan).
1 comment:
terima kasih atas perkongsian ilmu
Post a Comment