Thursday, May 21, 2009

NW 4 ~ Hypothalamus

My Rainbow Text - http://www.myrainbowtext.com




Apa itu Hypothalamus





Terletak di bawah Thalamus. Frekuensi antara 381 - 412 nanometer menyamai vibration warna violet.
  • Berfungsi seperti komputer dan memproses segala data-data yang dihantar ke otak dan menguruskan keseluruhan sistem badan berdasarkan stimulus-stimulus yang diberi.
  • Hypothalamus adalah bahagian bawah otak yang menyambung kepada
    sistem endokrin iaitu pituitari di dalam otak.
  • Hormon yang penting dari Hypothalamus yang berguna untuk merangsang
    haid dipanggil Gonadotrophine releasing hormon (GnRH).
  • Atas pengaruh faktor-faktor seperti emosi dan persekitaran seperti pemakanan, ataupun stimulasi hormon endokrin yang lain di dalam badan, hormon GnRH akan bertindakbalas.
  • Pada awal pusingan haid ia akan mengutuskan signal bahawa sudah sampai masanya untuk bersedia untuk pusingan
    haid seterusnya. Ia menghantar mesej ke kilang Pituitari.
Peranan dari sudut psikologi :
  • Menjaga tumpuan dan perkara yang berkaitan;
  • Imsonia
  • Nafsu makan
  • Imbangan cecair dalam badan
  • Cepat mengantuk
  • Tumpuan ketika belajar
  • Membantu kelancaran parasympathetic
  • Kawal sifat terlalu takut / malu atau terlalu tidak ada rasa malu
Dari sudut Pembelajaran sekiranya Hypothalamus bergetar dengan frekuensi yang normal :
  1. Berkebolehan memotivasikan diri sendiri
  2. Daya tumpuan belajar
  3. Menambah sifat ingin tahu
  4. Rasional dan bijaksana
  5. Kematangan
  6. Mencetuskan idea
  7. Meningkatkan daya kreatif
  8. Penyelesaian yang menyeluruh
  9. Meningkatkan kecergasan
  10. Menjadi pemerhati yang baik
  11. Kognitif peringkat tinggi

Penjagaan Hypothalamus

* Keterangan lanjut, boleh dirujuk di http://www.rawatankesihatan.com/search/label/NW%20%204%20Hypothalamus.

Tidur yang lena pada tahap gelombang otak delta ketika waktu malam yang gelap ialah rawatan untuk segala bentuk masalah atau penyakit secara semulajadi yang amat berkesan, terbaik dan murah untuk diamalkan.

Di antara petua mendapat tidur tahap delta / lena ialah :

  • Mandi sebelum tidur.
  • Sebaik-baiknya mandilah air sejuk atau air ais aromatherapy.
  • Kesejukan akan merangsang otak Hipothalamus iaitu otak yang mengawal tidur untuk menyelaraskan kembali waktu tidur.
  • Elakkan daripada tidur dalam keadaan tidak mengenakan pakaian selepas mandi.
  • Elakkan juga daripada terkena tiupan kipas yang kencang ketika tidur selepas mandi.
  • Angin yang kencang ketika tidur akan menyebabkan hidrasi berlebihan.

Kelebihan Tidur Delta

~ Meningkatkan daya tumpuan.

~ Bahagian otak yang mengawal tumpuan dan juga tidur ialah Hipothalamus (NW4).

~ Dengan daya tumpuan, kita dapat menjadikan tubuh kita tidur.

~ Mereka yang mendapat Tidur Delta akan mendapat lebih tumpuan untuk belajar atau menjalani kehidupan seharian.

~ Bahagian ini juga membantu seseorang menjadi mudah memahami sesuatu ilmu, fakta atau sesuatau perkara.

Semoga panduan akan membantu pelajar dan dengan penjagaan Hypothalamus yang betul, insyaallah anda mudah menumpukan perhatian terhadap pembelajaran.

Wednesday, May 20, 2009

NW 3 ~ Thalamus

My Rainbow Text - http://www.myrainbowtext.com





Terletak di bahagian yang berwarna oren dalam gambar rajah di atas. Frequency antara 200 - 380 nanometer. Menyamai vibration warna pink.
Para pelajar kebanyakannya mempunyai masalah seperti migrain atau sakit kepala. Kemungkinan bebanan tugas sebagai pelajar atau masalah-masalah peribadi yang lain. Oleh itu, adalah penting menjaga keseluruhan organ kita termasuk thalamus yang sering dikaitkan dengan migrain.
Di antara simptom atau perkara berkaitan dengan thalamus~ Migrain, sakit kepala sebelah, kanak-kanak degil, sawan tangis, kanak-kanak menipu / mencuri, muntah / mabuk dalam perjalanan, kurang siuman, kerasukan.
Kaitan dengan pembelajaran :
  • Tahap pemikiran yang tinggi
  • Gerak balas kepada tekanan jiwa
  • Membantu kerungsingan atau tekanan perasaan
  • Menstabilkan jiwa yang tidak tenang
  • Meredakan perasaan marah atau dendam
Dengan itu, sebagai pelajar, adalah tanggungjawab mereka memastikan keseluruhan organ adalah sihat melalui tertib hidup yang betul. Semua tatacara kehidupan sebenarnya telah dibentangkan di hadapan mata kita sekiranya kita sedar, dan jika Islam landasan kita, maka sepatutnya lebih mudah mengatasi masalah-masalah yang dihadapi.
Tidur yang mencukupi, contohnya, amat penting dalam diri seorang pelajar, dan jumlah masa tidur seseorang sebenarnya bergantung kepada individu tersebut sendiri.
Semoga mendapat manfaat di atas maklumat ini.