Thursday, November 29, 2007

Konsep Kecerdasan Emosi (EQ)

My Rainbow Text - http://www.myrainbowtext.com

Kepentingan Emotional Quotient (EQ) telah dinyatakan dalam blog Dr. Ariffaizal, di antara artikel beliau yang menyentuh tentang EQ ialah Organ dan Pembelajaran. Menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu atau bapa mendidik anak-anak dengan cara yang betul. Banyak pengalaman lalu yang menunjukkan bahawa mempunyai Intelligent Quotient (IQ) yang tinggi tidak semestinya membawa kejayaan yang hakiki, sebaliknya, ia perlu digandingkan dengan EQ.

Maklumat seterusnya adalah daripada sebuah buku kegemaran saya yang ditulis oleh Haji Abdul Fatah Hasan bertajuk Pemikiran Keseluruhan Otak.

EQ : Menurut Salovey dan Mayer, EQ ialah kebolehan untuk mengawas diri sendiri dan orang lain dari segi perasaan dan emosi, dapat membezakan antara kedua-duanya dan boleh menggunakan maklumat itu untuk memandu pemikiran dan tindakannya.

Di antara ciri-ciri EQ ialah :
  • Kebolehan mengetahui emosi sendiri
  • Kebolehan dalam pengurusan emosi
  • Kebolehan meningkatkan motivasi sendiri
  • Kebolehan mengenal emosi orang lain
  • Kebolehan menjalin persaudaraan
Contoh :

Peristiwa
Syahidi mendapat CGPA 2.0 dalam Peperiksaan Akhir Semester 1, rakan sebiliknya,Aliff mendapat 3.5.

Persepsi
Contohnya :
"Pensyarah sayangkan Aliff."
Nasib Aliff lebih baik daripada saya.
Aliff lebih pandai daripada saya.

Bisikan Hati
"Saya tidak cemerlang. Saya tidak akan dapat menaikkan CGPA saya lagi. Saya lemah dalam subjek Engineering Graphics dan Mathematics."

Emosi
Rasa kecewa
Rasa rendah diri
Tidak minat untuk belajar lagi
Hilang keyakinan diri
Motivasi menurun
Rasa Pasif









Sekiranya Syahidi pandai mengawal emosi, beliau tidak akan mengeluh luaran dan dalaman, sebaliknya meningkatkan usaha dan membuat self-talk yang positif. Kemungkinan Syahidi mempunyai IQ yang sederhana dan bukan rendah, tetapi disebabkan kurang berusaha diikuti kurang pengawalan emosi, maka beliau merasakan dirinya telah gagal. Oleh itu, samada sebagai ibubapa atau pendidik dan individu itu sendiri meningkatkan kesedaran EQ dalam diri masing-masing.


Sebagai ibubapa, kita hendak melihat anak cemerlang dan mendapat keputusan yang memuaskan, tetapi dalam masa yang sama kita hendaklah mendidik mereka dengan kemahiran pengurusan emosi supaya mereka menjadi orang yang berguna kelak, bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga menjadi seorang yang berakhlak.


Berikut merupakan penerangan ringkas berkenaan pemikiran keseluruhan otak berdasarkan Teori Nedd Hermann yang boleh dijadikan panduan oleh semua dan jika digabungkan dengan ilmu CVT, ibubapa akan lebih memahami kecenderungan anak-anak mereka semasa kecil lagi. Sesuatu minat boleh dipupuk sekiranya kita memahami bagaimana otak berfungsi dan dengan formula EQ (CVT) berserta niat yang ikhlas ibubapa akan dapat menghindari anak-anak dari terjebak dalam kancah kehidupan yang negatif, insyaallah.





Saya akan banyak menyentuh tentang Kuadrant C-tulen, dan kuadran-kuadran yang lain akan diterangkan secara ringkas, semoga kita semua dapat mengoptimakan penggunaan keseluruhan otak yang telah dianugerahkan kepada kita.

A. Kuadran A-tulen


Ciri Utama Pemikiran A-Tulen
Logik, ahli analisis, teknikal, matematik, ahli penyelesaian masalah


Pekerjaan
Jurutera
Peguam
Pengurus kewangan
Ahli teknikal
Pengawal Perubatan
Ahli fizik


Cara Pengajaran dan Pembelajaran
  • Mengumpul data dan maklumat
  • Membuat penyelidikan/kajian kes
  • Melihat realiti semasa
  • Membentuk teori untuk dijadikan prinsip
* Menurut ahli psikologi pembelajaran, seseorang boleh menjadi pakar dalam sesuatu bidang ilmu jika ia mempelajari bidang itu satu jam sehari dengan cara berterusan selama lima tahun.


Sekiranya kita kurang menggunakan pemikiran A-tulen, berikut merupakan antara latihan yang boleh dipraktikkan :
Mengumpulkan data dan maklumat dari sesuatu subjek atau masalah
Membuat penyelidikan mengenai tajuk yang diminati
Mempelajari perisian atau program komputer


B. Kuadrant B-tulen

Ciri utama Pemikiran B-tulen
Terperinci, konservatif, ahli perancang, organisasi dan pentadbiran


Pekerjaan
Pentadbir
Akauntan
Penyelia
Penyimpan kira-kira
Perancang Operasi

Pengajaran dan Pembelajaran


  • Mengikut arahan dari pernyataan maklumat yang sedia ada
  • Menguji teori dan prosedur untuk mengetahui apakah kelemahannya
  • Menggunakan program pembelajaran terancang
  • Membuat anggaran belanjawan atau taksiran pendapatan
Sekiranya kita kurang menggunakan pemikiran B-tulen, berikut merupakan antara latihan yang boleh dipraktikkan:
Rancangkan sesuatu projek dengan menuliskan setiap langkah secara terperinci dan cuba melaksanakannya
Buat belanjawan sendiri
Rancangkan sistem menyimpan fail

C. Kuadran C-tulen

Ciri utama pemikiran C-tulen
Bercorak interpersonal, emosi, muzik, kerohanian dan ahli pembicara

Pekerjaan
Guru
Jururawat
Kaunselor
Pegawai Kebajikan
Pegawai Perkhidmatan
Pegawai Perhubungan


Dari aspek interpersonal, C-tulen amat mementingkan hubungan yang baik sesama manusia sama ada dalam keluarga, masyarakat, persatuan atau organisasi. C-tulen suka berinteraksi, suka berkawan, mudah dihubungi dan cepat memahami kemahuan, motivasi, perasaan dan perlakuan orang lain.


Dari segi interpersonal dan kerohanian, C-tulen mempunyai konsep kendiri dan kerohanian yang kuat untuk menjayakan kehidupan di dunia dan akhirat. C-tulen mempunyai kecerdasan Emosi (EI/EQ) yang tinggi.


Pengajaran dan Pembelajaran
  • Mendengar dan berkongsi idea.
  • Mengalami input sensori-bergerak, merasa, menyentuh, melihat, mendengar dan sebagainya
  • Belajar secara kumpulan dan perbincangan
  • Menyimpan jurnal atau catatan untuk merekodkan perasaan dan nilai kerohanian, secara ringkas bukan secara terperinci
  • Belajar dengan cara mengajar orang lain
  • Membaca kata-kata keterangan pengarang di permulaan sesebuah buku untuk mendapatkan petunjuk yang akan disampaikan oleh pengarang buku itu
  • Belajar melalui penglibatan emosi

Sekiranya kita kurang menggunakan pemikiran C-tulen, berikut merupakan antara latihan yang boleh dipraktikkan :

  • Dapatkan seorang kawan dan berkongsi perasaan
  • Dalam majlis, cuba gunakan masa untuk mendengar orang lain bercakap
  • Buat renungan yang berbentuk kerohanian sambil menghayati ciptaan Allah S.W.T
  • Belajar dalam kumpulan
  • Buat sesuatu hobi di rumah seperti menanam bunga, memelihara kucing atau melukis
  • Baca buku-buku agama yang boleh meningkatkan keimanan dan taqwa
  • Berjalan kaki waktu pagi sambil menghayati keindahan alam dengan memberikan perhatian kepada suara, bau-bauan dan lain-lain input sensori
  • Ambil bahagian dalam seminar dan cuba berkomunikasi dan mengeluarkan perasaan anda
  • Buat renungan yang berbentuk kerohanian sambil menghayati penciptaan Allah (S.W.T).
D. Kuadran D-tulen

Ciri utama pemikiran D-tulen
Bercorak imaginatif, ahli sintesis, kesenian, holistik

Pekerjaan
Usahawan
Seniman
Pelukis
Pengarang
Ahli senibina
Perancang Strategik

Pengajaran dan pembelajaran
Suka sesi sumbangsaran untuk mengemukakan ide-ide secara mendadak
Suka membuat bayangan dan khayalan
Suka membuat eksperimen
Berfikir tentang masa depan

Sekiranya kita kurang menggunakan pemikiran D-tulen, berikut merupakan antara latihan yang boleh dipraktikkan :
Duduk dalam keadaan istirehat dalam masa 4 ke 5 minit sambil membuat sesuatu khayalan bagi meningkatkan minda kreatif
Belajar melukis untuk mencambahkan kreativiti
Cipta berbagai-bagai simbol yang boleh digunakan untuk mengambil nota





Tuesday, November 27, 2007

Khasiat Diet Nabi

My Rainbow Text - http://www.myrainbowtext.com

Maklumat ini saya perolehi daripada buku Quran Saintifik oleh Dr. Danial Zainal Abidin yang memberi penjelasan lengkap berkenaan aspek pemakanan Nabi Muhammad (S.A.W). Dr. Ariffaizal telah menerangkan dengan terperinci berkenaan aspek pemakanan dalam artikel beliau iaitu Petua Pengambilan Makanan dan beliau menjelaskan tentang khasiat makanan seperti minyak zaitun, mentimun,daging kambing dan lain-lain lagi. Yang lebih penting lagi, sesuatu makanan dinasihatkan agar tidak ambil berlebihan dan ini selari dengan sunnah dan ajaran Islam untuk bersederhana.
Setiap perbuatan Rasulullah (S.A.W) ada hikmahnya dan mengikut tingkahlaku beliau adalah sunat, dan jika kita mengikut sunnah, banyak faedah yang kita dapat, cuma kita tidak menyedarinya, contohnya, sekiranya kita mengikut sunnah Rasulullah (S.A.W) makan mentimun, ia akan membantu meningkatkan tahap kesihatan, mengatasi sembelit dengan cara yang lembut, mengelakkan kekejangan otot dan mencegah jantung daripada berhenti secara tiba-tiba. Ia boleh diamalkan selalu tanpa had dos kerana ia akan menyingkirkan dirinya sendiri jika berlebihan di dalam tubuh(Dr. Ariffaizal).

Berikut merupakan di antara Diet Nabi Muhammad (S.A.W), tidak rugi kita mengamalkannya, malah membantu meningkatkan tahap kesihatan serta tidak memudaratkan berbanding pengambilan supplimen lain yang biasa kita dapat di pasaran.
  • Khasiat Tembikai


  • Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene, kaya dengan vitamin C dan beta karotena yang mampu mencegah pelbagai penyakit terutamanya kanser. Tembikai juga kaya dengan kalium (potsium) dimana sekiranya seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia akan memperoleh lebih kurang 825mg kalium. Fungsi kalium ialah merendahkan tekanan darah dan menghalang kolesterol daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri. Tembikai hendaklah diambil sebelum makan berat untuk membersihkan perut dan rasanya akan menjadi sangat manis terutama pada waktu petang kerana resonan dengan warna merah di alam.
  • Khasiat Mentimun
Bukhari dan Muslim melaporkan, Abdullah bin Jaafar berkata, "Saya melihat Rasulullah memakan tamar basah dan sayur daripada jenis mentimun (Cucumber)". Mentimun kaya dengan air,jadi ia menyejukkan badan. Selain itu, ia mengandungi vitamin C dan caffeic acid yang mampu menghilangkan bengkak di badan dan meredakan radang kulit. Kandungan mentimun yang lain ialah silika yang diperlukan oleh sistem saraf seperti otot, tendon, ligamen dan tulang.

  • Khasiat Buah Zaitun

Berfungsi mengurangkan risiko kanser kerana minyak zaitun mengurangkan kadar deoxycyclic acid disamping mengawal peranan enzim diamine oxidase yang merangsang pertumbuhan sel dalam usus. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Epidemiology and Community Health. Selain itu, penggunaan minyak zaitun berbanding minyak lain untuk masakan akan mengurangkan risiko darah tinggi dan sakit jantung. Buah zaitun telah disebut dalam Al-Quran dalam Surah At-Tin yang menunjukkan kepentingan buah tersebut secara simbolik dalam kehidupan kita.

Ulasan ini menyokong artikel Dr. Ariffaizal yang telah mengupas lebih dalam berkenaan dengan pemakanan. Mungkin ada sesetengah pihak kurang bersetuju dengan pendapat beliau kerana telah terlalu biasa dengan mitos yang disampaikan sejak sekian lama hingga takut untuk membuat perubahan. Contohnya, dari segi pengambilan air minuman, sehingga sekarang masih ramai yang percaya bahawa kita perlu minum sekurang-kurangnya 7 gelas sehari, sedangkan perkara tersebut banyak mendatangkan mudarat berbanding faedah, dan minuman ais menjadi pantang kepada masyarakat kita. Pada pendapat saya, beliau telah menyampaikan maklumat dengan begitu jelas sekali dan kita sebagai individu yang dikurniakan akal fikiran, berfikirlah dengan sebaiknya.

Monday, November 26, 2007

Bertuahnya menjadi wanita...

My Rainbow Text - http://www.myrainbowtext.com

Artikel ni saya dapat dari rakan saya, terima kasih Siti Mahani, di sini saya kongsikan bersama untuk tatapan semua. Ingatlah, wanita, hargailah diri anda, tidak diciptakan kita semua melainkan mengabdikan diri kepadaNya,jangan sesekali menyesali apa yang telah berlaku kepada anda. Pasti hikmah akan muncul akhirnya sekiranya kita redha.

Susahnya jadi wanita? Kena tutup aurat, kena dengar cakap suami, kena jaga anak, kena kemas rumah, kena kerja dan macam-macam hal lagi perlu diuruskan. Tapi, wahai wanita, bacalah kelebihan di bawah ini, semoga kita semua berbangga diciptakan menjadi wanita, insyaallah.

  1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
  3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat. (oleh itu, jangan jadi jahat, membazir saja).
  4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. (Dengan syarat : Ikatan perkahwinan yang sah di sisi Islam)
  5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. (Mencabar sebab kita pun penat, tetapi akan berusaha memperbaiki dari masa ke semasa)
  7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah (S.W.T) dengan penuh rahmat. (Perselisihan dalam perkahwinan tidak dapat dielakkan, berikhlaslah dalam segala hal, insyaallah, masalah dapat diatasi, rumahtangga lebih harmoni)
  9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah (S.W.T) dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah (S.W.T) akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah (S.W.T) memberi 12 tahun pahala ibadat.
  11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah", akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah", Allah (S.W.T) akan berkatkan rezekinya.
  13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
  14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah (S.W.T) akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

Kesimpulannya, alangkah bertuahnya menjadi wanita...

Warna Resonan

My Rainbow Text - http://www.myrainbowtext.com

Saya tertarik untuk mengulas artikel Warna Hari Resonan yang ditulis oleh Dr. Ariffaizal. Bidang yang saya ambil semasa di universiti dahulu adalah bidang psikologi dan saya meneruskan kerjaya yang berkaitan dengan bidang tersebut. Saya biasa mengikuti kursus motivasi, kecemerlangan diri, personaliti diri dan seumpamanya, malah Teori berkenaan warna banyak diperkatakan di mana-mana sahaja oleh pakar psikologi.


Tetapi, saya masih kurang berpuashati dengan penerangan sesetengah pakar psikologi berkenaan warna, saya masih tidak nampak relevan warna dengan kehidupan seharian sehinggalah saya mengenali Colour Vibration Therapy (CVT). Pada pendapat saya, CVT berjaya menerangkan dari segi saintifik berkenaan warna di mana perkara ini tidak diterangkan oleh pihak lain.


CVT berjaya menghuraikan hubungkait manusia, alam dan warna. Warna pelangi sebenarnya ada di dalam diri kita kerana Allah (S.W.T) hendak menunjukkan kepada manusia bahawa kita merupakan sebahagian dari alam. Oleh itu, sebagai manusia,lebih-lebih lagi setelah dilantik sebagai khalifah, kita tidak seharusnya mengkhianati alam/bumi, di mana banyak kerosakan dilakukan dan dalam masa yang sama menunjukkan betapa kurangnya kesedaran terhadap penciptaan kita: Kita adalah alam dan alam adalah kita.


Kita digalakkan mengenakan pakaian yang berbeza warna setiap hari berdasarkan kajian CVT iaitu :

Isnin : Putih

Selasa : Pink / Purple

Rabu : Biru

Khamis : Kuning / Oren

Jumaat : Hijau

Sabtu : Merah / Maroon

Ahad : Hitam


Kenapa penggunaan warna yang ekstrim tidak digalakkan, contohnya, seseorang terlalu menyukai warna hitam, akan mengenakan pakaian berwarna hitam setiap hari, hitam adalah warna penyerap, oleh itu, segalanya akan diserap samada baik atau buruk, positif atau negatif, tengok sahaja remaja "Black Metal", mereka menyerap segala yang ada di alam, sehingga hilang perasaan dan rasional dalam menimbangkan baik buruk sesuatu perkara.


Dalam Islam sendiri, sesuatu hendaklah dilakukan secara sederhana dan tidak berlebih-lebihan, saya kaitkan dengan CVT, kenapa kita tidak digalakkan untuk terlebih menyukai sesuatu warna kerana kemungkinan warna tersebut adalah warna yang kita alah.(Warna kelemahan kita sendiri.)
Di sini saya sertakan tip warna yang dikongsi oleh pelopor CVT; Prof. Emeritus Dr. Sir Norhisham Waha sewaktu mengikuti kursus yang disampaikan oleh beliau sendiri dan dipetik dari beberapa artikel beliau.
•Rumah : bilik tidur, dicadangkan warna violet; ruang tamu-putih / hijau, dapur-biru
•Restoran : warna kuning / oren bersesuaian kerana membangkitkan selera makan
•Pembelajaran : Bagi seorang pelajar, warna hijau amat diperlukan. Ini kerana hijau merupakan simbol oksigen dan bertindak ke atas organ jantung dan paru-paru.
•Untuk seorang pelajar berada dalam keseimbangan dan harmoni, warna hijau yang dilihat oleh bebola mata akan dianalisa oleh pineal dan sejenis kimia akan dihasilkan oleh hipotalamus pada bahagian otak untuk meransang kesimbangan.
•Walaupun warna hijau itu datangnya daripada cat yang berwarna sedemikian namun keupayaan neuron otak akan turut merangsang organ yang berkaitan untuk bertindakbalas secara positif dengan warna yang dilihat.
•Kepintaran pelajar banyak bergantung kepada kapasiti oksigen yang diterima pada otak.
•Warna ungu pula mampu mengatasi masalah kurang daya tumpuan di kalangan pelajar.
•Di samping itu, warna ungu yang disifatkan sebagai gelombang jarak jauh mampu merangsang minat pelajar.
Pembaca yang budiman, diharap maklumat yang berguna ini dapat dikongsi bersama, insyaallah.