Thursday, November 29, 2007

Konsep Kecerdasan Emosi (EQ)

My Rainbow Text - http://www.myrainbowtext.com

Kepentingan Emotional Quotient (EQ) telah dinyatakan dalam blog Dr. Ariffaizal, di antara artikel beliau yang menyentuh tentang EQ ialah Organ dan Pembelajaran. Menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu atau bapa mendidik anak-anak dengan cara yang betul. Banyak pengalaman lalu yang menunjukkan bahawa mempunyai Intelligent Quotient (IQ) yang tinggi tidak semestinya membawa kejayaan yang hakiki, sebaliknya, ia perlu digandingkan dengan EQ.

Maklumat seterusnya adalah daripada sebuah buku kegemaran saya yang ditulis oleh Haji Abdul Fatah Hasan bertajuk Pemikiran Keseluruhan Otak.

EQ : Menurut Salovey dan Mayer, EQ ialah kebolehan untuk mengawas diri sendiri dan orang lain dari segi perasaan dan emosi, dapat membezakan antara kedua-duanya dan boleh menggunakan maklumat itu untuk memandu pemikiran dan tindakannya.

Di antara ciri-ciri EQ ialah :
  • Kebolehan mengetahui emosi sendiri
  • Kebolehan dalam pengurusan emosi
  • Kebolehan meningkatkan motivasi sendiri
  • Kebolehan mengenal emosi orang lain
  • Kebolehan menjalin persaudaraan
Contoh :

Peristiwa
Syahidi mendapat CGPA 2.0 dalam Peperiksaan Akhir Semester 1, rakan sebiliknya,Aliff mendapat 3.5.

Persepsi
Contohnya :
"Pensyarah sayangkan Aliff."
Nasib Aliff lebih baik daripada saya.
Aliff lebih pandai daripada saya.

Bisikan Hati
"Saya tidak cemerlang. Saya tidak akan dapat menaikkan CGPA saya lagi. Saya lemah dalam subjek Engineering Graphics dan Mathematics."

Emosi
Rasa kecewa
Rasa rendah diri
Tidak minat untuk belajar lagi
Hilang keyakinan diri
Motivasi menurun
Rasa Pasif









Sekiranya Syahidi pandai mengawal emosi, beliau tidak akan mengeluh luaran dan dalaman, sebaliknya meningkatkan usaha dan membuat self-talk yang positif. Kemungkinan Syahidi mempunyai IQ yang sederhana dan bukan rendah, tetapi disebabkan kurang berusaha diikuti kurang pengawalan emosi, maka beliau merasakan dirinya telah gagal. Oleh itu, samada sebagai ibubapa atau pendidik dan individu itu sendiri meningkatkan kesedaran EQ dalam diri masing-masing.


Sebagai ibubapa, kita hendak melihat anak cemerlang dan mendapat keputusan yang memuaskan, tetapi dalam masa yang sama kita hendaklah mendidik mereka dengan kemahiran pengurusan emosi supaya mereka menjadi orang yang berguna kelak, bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga menjadi seorang yang berakhlak.


Berikut merupakan penerangan ringkas berkenaan pemikiran keseluruhan otak berdasarkan Teori Nedd Hermann yang boleh dijadikan panduan oleh semua dan jika digabungkan dengan ilmu CVT, ibubapa akan lebih memahami kecenderungan anak-anak mereka semasa kecil lagi. Sesuatu minat boleh dipupuk sekiranya kita memahami bagaimana otak berfungsi dan dengan formula EQ (CVT) berserta niat yang ikhlas ibubapa akan dapat menghindari anak-anak dari terjebak dalam kancah kehidupan yang negatif, insyaallah.





Saya akan banyak menyentuh tentang Kuadrant C-tulen, dan kuadran-kuadran yang lain akan diterangkan secara ringkas, semoga kita semua dapat mengoptimakan penggunaan keseluruhan otak yang telah dianugerahkan kepada kita.

A. Kuadran A-tulen


Ciri Utama Pemikiran A-Tulen
Logik, ahli analisis, teknikal, matematik, ahli penyelesaian masalah


Pekerjaan
Jurutera
Peguam
Pengurus kewangan
Ahli teknikal
Pengawal Perubatan
Ahli fizik


Cara Pengajaran dan Pembelajaran
  • Mengumpul data dan maklumat
  • Membuat penyelidikan/kajian kes
  • Melihat realiti semasa
  • Membentuk teori untuk dijadikan prinsip
* Menurut ahli psikologi pembelajaran, seseorang boleh menjadi pakar dalam sesuatu bidang ilmu jika ia mempelajari bidang itu satu jam sehari dengan cara berterusan selama lima tahun.


Sekiranya kita kurang menggunakan pemikiran A-tulen, berikut merupakan antara latihan yang boleh dipraktikkan :
Mengumpulkan data dan maklumat dari sesuatu subjek atau masalah
Membuat penyelidikan mengenai tajuk yang diminati
Mempelajari perisian atau program komputer


B. Kuadrant B-tulen

Ciri utama Pemikiran B-tulen
Terperinci, konservatif, ahli perancang, organisasi dan pentadbiran


Pekerjaan
Pentadbir
Akauntan
Penyelia
Penyimpan kira-kira
Perancang Operasi

Pengajaran dan Pembelajaran


  • Mengikut arahan dari pernyataan maklumat yang sedia ada
  • Menguji teori dan prosedur untuk mengetahui apakah kelemahannya
  • Menggunakan program pembelajaran terancang
  • Membuat anggaran belanjawan atau taksiran pendapatan
Sekiranya kita kurang menggunakan pemikiran B-tulen, berikut merupakan antara latihan yang boleh dipraktikkan:
Rancangkan sesuatu projek dengan menuliskan setiap langkah secara terperinci dan cuba melaksanakannya
Buat belanjawan sendiri
Rancangkan sistem menyimpan fail

C. Kuadran C-tulen

Ciri utama pemikiran C-tulen
Bercorak interpersonal, emosi, muzik, kerohanian dan ahli pembicara

Pekerjaan
Guru
Jururawat
Kaunselor
Pegawai Kebajikan
Pegawai Perkhidmatan
Pegawai Perhubungan


Dari aspek interpersonal, C-tulen amat mementingkan hubungan yang baik sesama manusia sama ada dalam keluarga, masyarakat, persatuan atau organisasi. C-tulen suka berinteraksi, suka berkawan, mudah dihubungi dan cepat memahami kemahuan, motivasi, perasaan dan perlakuan orang lain.


Dari segi interpersonal dan kerohanian, C-tulen mempunyai konsep kendiri dan kerohanian yang kuat untuk menjayakan kehidupan di dunia dan akhirat. C-tulen mempunyai kecerdasan Emosi (EI/EQ) yang tinggi.


Pengajaran dan Pembelajaran
  • Mendengar dan berkongsi idea.
  • Mengalami input sensori-bergerak, merasa, menyentuh, melihat, mendengar dan sebagainya
  • Belajar secara kumpulan dan perbincangan
  • Menyimpan jurnal atau catatan untuk merekodkan perasaan dan nilai kerohanian, secara ringkas bukan secara terperinci
  • Belajar dengan cara mengajar orang lain
  • Membaca kata-kata keterangan pengarang di permulaan sesebuah buku untuk mendapatkan petunjuk yang akan disampaikan oleh pengarang buku itu
  • Belajar melalui penglibatan emosi

Sekiranya kita kurang menggunakan pemikiran C-tulen, berikut merupakan antara latihan yang boleh dipraktikkan :

  • Dapatkan seorang kawan dan berkongsi perasaan
  • Dalam majlis, cuba gunakan masa untuk mendengar orang lain bercakap
  • Buat renungan yang berbentuk kerohanian sambil menghayati ciptaan Allah S.W.T
  • Belajar dalam kumpulan
  • Buat sesuatu hobi di rumah seperti menanam bunga, memelihara kucing atau melukis
  • Baca buku-buku agama yang boleh meningkatkan keimanan dan taqwa
  • Berjalan kaki waktu pagi sambil menghayati keindahan alam dengan memberikan perhatian kepada suara, bau-bauan dan lain-lain input sensori
  • Ambil bahagian dalam seminar dan cuba berkomunikasi dan mengeluarkan perasaan anda
  • Buat renungan yang berbentuk kerohanian sambil menghayati penciptaan Allah (S.W.T).
D. Kuadran D-tulen

Ciri utama pemikiran D-tulen
Bercorak imaginatif, ahli sintesis, kesenian, holistik

Pekerjaan
Usahawan
Seniman
Pelukis
Pengarang
Ahli senibina
Perancang Strategik

Pengajaran dan pembelajaran
Suka sesi sumbangsaran untuk mengemukakan ide-ide secara mendadak
Suka membuat bayangan dan khayalan
Suka membuat eksperimen
Berfikir tentang masa depan

Sekiranya kita kurang menggunakan pemikiran D-tulen, berikut merupakan antara latihan yang boleh dipraktikkan :
Duduk dalam keadaan istirehat dalam masa 4 ke 5 minit sambil membuat sesuatu khayalan bagi meningkatkan minda kreatif
Belajar melukis untuk mencambahkan kreativiti
Cipta berbagai-bagai simbol yang boleh digunakan untuk mengambil nota





No comments: