Tuesday, December 4, 2007

Solat oh Solat

My Rainbow Text - http://www.myrainbowtext.com

Umat Islam diwajibkan solat lima waktu sehari, ini pun kita kadang-kadang terkucil jugak. Banyak betul urusan di dunia ni sehingga kita lupa apa yang perlu dilakukan dahulu. Bagi yang rasa berat je nak buat yang wajib ni, cubalah tengok penjelasan dari segi saintifik kenapa kita perlu solat.
  • Semasa kita sujud, kita perlu meninggikan punggung dan meletakkan dahi serta kepala ke bumi. Megikut kajian, kedudukan ini, sekiranya dilakukan dari masa ke semasa, baik bagi kecergasan otak. Seperti yang kita maklum, otak memerlukan 25 % oksigen yang terdapat dalam badan walaupun beratnya hanya 3 % daripada keseluruhan berat badan. Dalam keadaan biasa sebahagian sel-sel otak tidak mendapat keperluan oksigen yang diperlukan kerana jantung terpaksa mengepam darah ke atas sekaligus melawan tekanan graviti.
  • Semasa sujud, umat Islam meletakkan kepala mereka ke bumi dan dalam keadaan begini jantung berada di kedudukan lebih tinggi daripada kepala sekaligus memudahkan darah turun ke otak dibantu tekanan graviti. Dalam keadaan ini, otak manusia menjadi semakin cergas dan fokus semakin mantap. Dalam buku The Brain Book oleh Peter Russell mengatakan "Otak manusia beroperasi 7 % lebih cepat dan 14% lebih tepat dalam keadaan kepala mereka di bawah."
  • Seorang lagi pakar, Win Wenger, di dalam bukunya How To Increase Your Intelligence mengatakan aktiviti yang membalikkan badan dari atas ke bawah (upside down activities) meningkatkan kadar oksigen di otak sekaligus, secara fizikalnya, meningkatkan kemampuan otak. Sujud umat Islam yang dilakukan paling kurang 34 kali sehari semalam melalui solat fardhu merupakan aktiviti yang membalikkan badan dari atas ke bawah secara yang amat sederhana yang mampu dilakukan oleh semua orang.
  • Solat juga membantu mengelok dan memantapkan sendi terutamanya bagi mereka yang menghidap penyakit radang sendi seperti osteoarthritis.
  • Solat yang paling awal perlu dilakukan di waktu subuh, iaitu lebih kurang pukul 6.00 pagi. Sesetengah pihak mendakwa perlaksanaan solat subuh mengganggu tidur mereka kerana terpaksa bangun awal. Sebenarnya perkara ini tidak benar dan satu kajian yang dilakukan oleh Persatuan Barah Amerika menemui bahawa mereka yang tidur kurang daripada lapan jam setiap malam adalah lebih sihat daripada mereka yang tidur melebihi lapan jam. Hasil kajian selama enam tahun yang melibatkan sejuta orang dewasa berumur antara 30 hingga 102 tahun menunjukkan, mereka yang tidur enam hingga tujuh jam secara purata setiap malam hidup lebih lama daripada mereka yang tidur lebih daripada lapan jam. Penemuan ini disokong oleh Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika dan dimuatkan dalam Archives of General Psychiatry. Di Malaysia, sekiranya seseorang masuk tidur pada jam 11.00 malam dan bangun pada 5.30 pagi bagi bertahajjud dan bersolat subuh, tidurnya selama enam jam setengah sudah termasuk dalam kategori yang menyihatkan.
  • Kajian juga menunjukkan mereka yang bangun tidur pada waktu yang sama setiap pagi adalah lebih sihat berbanding mereka yang lain. Ini kerana mereka yang bangun tidur tanpa mengikut jadual yang sistematik mengganggu pengeluaran hormon rangsangan bernama cortisol dan gangguan ini menggugat kecerdasan mereka.
Kajian-kajian mengenai solat ini dibuat oleh orang Barat dan mereka mengakui faedah-faedah di dalam solat, sehingga ada di antara mereka telah mendapat hidayahNya. Dan kita yang telah Islam sejak lahir lagi, bertanyalah pada diri sendiri, adakah kita tahu setiap perkara yang diwajibkan akan mendatangkan manfaat kepada kita, wallahu'alam.




No comments: