Saya perlu kongsi bersama maklumat yang saya baca dalam Bab 100; buku Quran Saintifik oleh Dr. Danial Zainal Abidin berkenaan Aurat Wanita. Saya percaya ramai yang membuat alasan tidak boleh bertudung kerana sakit kepala yang keterlaluan atau 'migrain' apabila mengenakannya. Saya pernah memberi alasan yang sama, cuma saya hanya menanggalkan skaf di dalam dan bukan tudung apabila rasa sakit. Sekarang, alhamdulillah, bukan tak pernah langsung sakit kepala, tapi semakin jarang dan tidak keterlaluan sakitnya.
Berbalik kepada aurat wanita, kenapa wanita diwajibkan bertudung? Bila dah wajib, maksudnya mesti ikut, kalau tak buat, berdosa. Adakah Allah saja nak menduga kesabaran wanita? Kenapa lelaki tak diwajibkan pulak? Sesungguhnya, Dia yang menciptakan kita dan Dia lebih memahami segalaNya,bagi yang mudah mendengar,akan setia mengikut suruhanNya dan meninggalkan perkara yang dilarang. Tetapi, bagi yang suka mempersoalkan sesuatu, insyaallah maklumat ini boleh membantu, sekiranya anak-anak kita atau anak-anak didik agak sukar mengikut yang wajib ni,bolehlah berkongsi akan kebaikan bertudung bagi wanita.
Saya biasa dengar ceramah,yang membuat analogi, makanan yang ditudung lebih elok dari makanan yang terbuka, untuk menerangkan kebaikan bertudung, dan perkara ini memang tidak dinafikan kebenarannya. Selain dari analogi ini, kita boleh terangkan secara saintifik berkenaan kewajipan bertudung.
Menurut Karima Burns di dalam artikel The Science Behing the Veil di IslamOnline.net; "Ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala, justeru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan di musim panas. G. Rocine, seorang pakar otak mengatakan fosforus otak menjadi cair pada suhu 108 darjah Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah panas terik tanpa tutupan kepala. Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun dan hal ini menyebabkan otak mengalami bererapa kesan negatif."
Manakala dalam artikel Highest Phosporus Foods di Canadian Nuero-optic Research Institute Online, menyatakan bahawa "Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Fahrenheit ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan ini menjejaskan kesihatan otak. Justeru kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas."
Oleh itu, tidak rugi sekiranya kita mengikut tuntutan ini dan sudah terbukti apa sahaja yang disampaikan oleh Rasulullah (S.A.W) adalah perintah dari Allah serta semua yang diperintahkan adalah untuk kebaikan semata.
Kita sudah maklum lelaki dan perempuan berbeza dari segi penciptaan, jadi perkara ini merujuk kepada perempuan.
Pada pandangan saya, sekiranya kita masih sakit kepala, cuba kaji tudung atau skaf warna apa yang kita pakai. Bertukarlah dari skaf hitam kepada warna lembut seperti putih, pink,biru atau ungu. Warna hitam akan hanya menyerap unsur-unsur di luar, begitu juga dengan tudung, jangan kerap memakai tudung hitam. Bercakap tentang warna, silalah rujuk semula post Dr. Ariffaizal di Warna Hari Resonan dan maklumat lengkap tentang warna di Warna Resonan Waktu.
No comments:
Post a Comment