Wednesday, December 12, 2007

Buzan Technique - Mind Mapping

My Rainbow Text - http://www.myrainbowtext.com

Dekat seminggu tak masuk blog. Hari ni saya nak 'update' berkenaan kursus yang baru saya hadiri. Dulu, tujuan pergi kursus saja nak jauh daripasa suasana ofis, nak relaks. Tapi sekarang, sejak bertukar kerja dan tempat kerja sekarang pulak, ada bajet tertentu untuk pilih kursus, saya lebih berhati-hati.

Alhamdulillah, dalam tahun ni saya sudah pergi ke kursus Colour Vibration Therapy (CVT) dan memang kursus ni sangat berguna, berlainan dari kursus yang saya ikuti sebelum ini, dan juga banyak ilmu yang diperolehi.

Kursus kedua saya yang bermakna bagi saya ialah Buzan Technique - Mind Mapping atau Peta Minda. Mind Mapping diperkenalkan oleh Tony Buzan, seorang British. Beliau merupakan seorang pelajar pintar dan selalu mendapat keputusan yang cemerlang. Walau bagaimanapun, beliau mempunyai seorang rakan- Berry; yang sebaliknya, selalu mendapat tempat terakhir dalam peperiksaan. Sewaktu pulang ke sekolah, beliau selalu bermain dengan rakannya dan menikmati keindahan alam semulajadi, rakannya mengajar beliau setiap nama unggas, ikan dan haiwan lain yang tidak dikenalinya. Apabila peperiksaan menjelang, soalan berkenaan alam semulajadi diajukan, beliau berjaya menjawab semua soalan dan mendapat tempat pertama di kelas pertama, bagaimana dengan rakan beliau? Adakah beliau berjaya menjawab soalan-soalan tersebut? Walaupun Berry yang mengajar Tony, beliau masih tidak dapat menjawab soalan tersebut dan masih lagi di kedudukan terakhir dan dalam kelas yang terakhir.

Apabila dewasa, Berry masih tidak berjaya manakala Tony semakin terkenal, perkara ini membuatkan Tony berminat mengetahui perbezaan manusia yang membawa kepada kajian otak, akhirnya didapati Berry seorang dyslexia (lurang keupayaan membaca dan mengenal huruf). Tony juga mengkaji bagaimana hendak membantu orang seperti Berry dan memaksimakan penggunaan otak, dan akhirnya beliau memperkenalkan teknik ini yang dinamakan Teknik Buzan - Mind Mapping.
Insyaallah, saya akan kongsi bersama teknik ini dengan semua dari masa ke semasa kerana di Malaysia penggunaan teknik masih belum menyeluruh; di Singapura, teknik ini digunakan oleh badan korporat, badan kerajaan, pelajar universiti, pelajar sekolah menengah, malah pelajar sekolah rendah juga.

Mind Map di atas menerangkan bahawa :
  1. Kita mempunyai 1,000,000,000,000,000 sel otak.
  2. Kita mampu mengingati maklumat sehingga 100 billion bits.
  3. Kita mampu memahami sesuatu perkara kerana sel otak kita berhubung sebanyak 100 trilion sesama mereka.
  4. Kita mampu menjadi kreatif kerana kita mempunyai 4000 pemikiran sehari.
  5. Sekiranya sel otak kurang digunakan, ia akan mengecut seumpama orang yang dipotong separuh kaki, sel-sel di kaki akan mengecut.
  6. Kita hendaklah menghargai otak kita, kerana ia kuniaan Allah yang sangat menakjubkan.

No comments: