Ceramah yang disampaikan oleh Dr. Fadzillah Kamsah di siaran Astro.
Klik gambarajah untuk paparan lebih jelas
Maksud cantikkan yang biasa :
Aktiviti seharian yang kita lakukan hendaklah dipercantikkan, dipenuhi dengan adab sopan.
- Bersarapan dengan buah-buahan.
- Memakai pakaian dengan niat dan dimulai dengan sebelah kanan.
- Menanggalkan pakaian dimulai dengan sebelah kiri.
- Keluar rumah dengan doa dan dimulai kaki kiri (kebiasaannya saya dengar dimulai kaki kanan, tapi menurut Dr. Fadzillah dimulai kaki kiri,ada sesiapa boleh bagi ulasan kerana tidak dinyatakan rasionalnya masa rancangan tersebut).
- Masuk rumah dimulai kaki kanan.
- Wanita setelah membuang air, diurut pusat ke bawah.
- Lelaki hendaklah duduk semasa membuang air untuk mengelak batu karang.
- Sebelum pergi kerja, tetapkan 10 matlamat kerana sekiranya hanya 1 matlamat sahaja, bila tidak tercapai, pekerjaan tidak bermakna.
- Makan menggunakan tangan kanan, seperti yang tertulis di tapak tangan kanan, nombor 18 dalam bahasa Arab, sekiranya menggunakan tangan akan mendapat 18 enzim berbanding menggunakan sudu dan garfu.
Wallahu'alam, sekiranya ada ulasan dialu-alukan untuk kebaikan bersama.
No comments:
Post a Comment