Artikel ni saya dapat dari rakan saya, terima kasih Siti Mahani, di sini saya kongsikan bersama untuk tatapan semua. Ingatlah, wanita, hargailah diri anda, tidak diciptakan kita semua melainkan mengabdikan diri kepadaNya,jangan sesekali menyesali apa yang telah berlaku kepada anda. Pasti hikmah akan muncul akhirnya sekiranya kita redha.
Susahnya jadi wanita? Kena tutup aurat, kena dengar cakap suami, kena jaga anak, kena kemas rumah, kena kerja dan macam-macam hal lagi perlu diuruskan. Tapi, wahai wanita, bacalah kelebihan di bawah ini, semoga kita semua berbangga diciptakan menjadi wanita, insyaallah.
Susahnya jadi wanita? Kena tutup aurat, kena dengar cakap suami, kena jaga anak, kena kemas rumah, kena kerja dan macam-macam hal lagi perlu diuruskan. Tapi, wahai wanita, bacalah kelebihan di bawah ini, semoga kita semua berbangga diciptakan menjadi wanita, insyaallah.
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
- Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat. (oleh itu, jangan jadi jahat, membazir saja).
- 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. (Dengan syarat : Ikatan perkahwinan yang sah di sisi Islam)
- Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
- Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. (Mencabar sebab kita pun penat, tetapi akan berusaha memperbaiki dari masa ke semasa)
- Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
- Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah (S.W.T) dengan penuh rahmat. (Perselisihan dalam perkahwinan tidak dapat dielakkan, berikhlaslah dalam segala hal, insyaallah, masalah dapat diatasi, rumahtangga lebih harmoni)
- Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah (S.W.T) dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
- Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah (S.W.T) akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah (S.W.T) memberi 12 tahun pahala ibadat.
- Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah", akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
- Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah", Allah (S.W.T) akan berkatkan rezekinya.
- Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
- Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah (S.W.T) akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
- Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
Kesimpulannya, alangkah bertuahnya menjadi wanita...
No comments:
Post a Comment