Tuesday, November 27, 2007

Khasiat Diet Nabi

My Rainbow Text - http://www.myrainbowtext.com

Maklumat ini saya perolehi daripada buku Quran Saintifik oleh Dr. Danial Zainal Abidin yang memberi penjelasan lengkap berkenaan aspek pemakanan Nabi Muhammad (S.A.W). Dr. Ariffaizal telah menerangkan dengan terperinci berkenaan aspek pemakanan dalam artikel beliau iaitu Petua Pengambilan Makanan dan beliau menjelaskan tentang khasiat makanan seperti minyak zaitun, mentimun,daging kambing dan lain-lain lagi. Yang lebih penting lagi, sesuatu makanan dinasihatkan agar tidak ambil berlebihan dan ini selari dengan sunnah dan ajaran Islam untuk bersederhana.
Setiap perbuatan Rasulullah (S.A.W) ada hikmahnya dan mengikut tingkahlaku beliau adalah sunat, dan jika kita mengikut sunnah, banyak faedah yang kita dapat, cuma kita tidak menyedarinya, contohnya, sekiranya kita mengikut sunnah Rasulullah (S.A.W) makan mentimun, ia akan membantu meningkatkan tahap kesihatan, mengatasi sembelit dengan cara yang lembut, mengelakkan kekejangan otot dan mencegah jantung daripada berhenti secara tiba-tiba. Ia boleh diamalkan selalu tanpa had dos kerana ia akan menyingkirkan dirinya sendiri jika berlebihan di dalam tubuh(Dr. Ariffaizal).

Berikut merupakan di antara Diet Nabi Muhammad (S.A.W), tidak rugi kita mengamalkannya, malah membantu meningkatkan tahap kesihatan serta tidak memudaratkan berbanding pengambilan supplimen lain yang biasa kita dapat di pasaran.
  • Khasiat Tembikai


  • Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene, kaya dengan vitamin C dan beta karotena yang mampu mencegah pelbagai penyakit terutamanya kanser. Tembikai juga kaya dengan kalium (potsium) dimana sekiranya seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia akan memperoleh lebih kurang 825mg kalium. Fungsi kalium ialah merendahkan tekanan darah dan menghalang kolesterol daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri. Tembikai hendaklah diambil sebelum makan berat untuk membersihkan perut dan rasanya akan menjadi sangat manis terutama pada waktu petang kerana resonan dengan warna merah di alam.
  • Khasiat Mentimun
Bukhari dan Muslim melaporkan, Abdullah bin Jaafar berkata, "Saya melihat Rasulullah memakan tamar basah dan sayur daripada jenis mentimun (Cucumber)". Mentimun kaya dengan air,jadi ia menyejukkan badan. Selain itu, ia mengandungi vitamin C dan caffeic acid yang mampu menghilangkan bengkak di badan dan meredakan radang kulit. Kandungan mentimun yang lain ialah silika yang diperlukan oleh sistem saraf seperti otot, tendon, ligamen dan tulang.

  • Khasiat Buah Zaitun

Berfungsi mengurangkan risiko kanser kerana minyak zaitun mengurangkan kadar deoxycyclic acid disamping mengawal peranan enzim diamine oxidase yang merangsang pertumbuhan sel dalam usus. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Epidemiology and Community Health. Selain itu, penggunaan minyak zaitun berbanding minyak lain untuk masakan akan mengurangkan risiko darah tinggi dan sakit jantung. Buah zaitun telah disebut dalam Al-Quran dalam Surah At-Tin yang menunjukkan kepentingan buah tersebut secara simbolik dalam kehidupan kita.

Ulasan ini menyokong artikel Dr. Ariffaizal yang telah mengupas lebih dalam berkenaan dengan pemakanan. Mungkin ada sesetengah pihak kurang bersetuju dengan pendapat beliau kerana telah terlalu biasa dengan mitos yang disampaikan sejak sekian lama hingga takut untuk membuat perubahan. Contohnya, dari segi pengambilan air minuman, sehingga sekarang masih ramai yang percaya bahawa kita perlu minum sekurang-kurangnya 7 gelas sehari, sedangkan perkara tersebut banyak mendatangkan mudarat berbanding faedah, dan minuman ais menjadi pantang kepada masyarakat kita. Pada pendapat saya, beliau telah menyampaikan maklumat dengan begitu jelas sekali dan kita sebagai individu yang dikurniakan akal fikiran, berfikirlah dengan sebaiknya.

No comments: