Thursday, July 3, 2008

Organ dan Pembelajaran

My Rainbow Text - http://www.myrainbowtext.com


Salam Ziarah,


Saya amat suka memerhatikan karenah pelajar universiti. Saya amat berharap mereka sudah mempunyai rancangan masa depan serta matlamat hidup yang jelas. Maksud saya, semoga mereka mempunyai impian dan cita-cita yang mampu dicapai dan tidak sekadar lulus dalam peperiksaan tanpa mengetahui arah tuju selepas itu.

Saya juga berharap mereka memahami diri mereka sepenuhnya disamping memahami orang sekeliling. Oleh itu, bersandarkan artikel Dr. Ariffaizal seperti sebelum ini, saya ingin berkongsi maklumat tentang keunikan organ dalam tubuh kita yang berperanan bukan sahaja dari segi kesihatan fizikal, malah organ ini juga memainkan peranan dalam pencapaian akademik. Mengetahui kelemahan sesuatu organ dapat membantu pelajar mengetahui punca permasalahan mereka, contohnya; sukar mengingati pelajaran, berkaitan dengan memori, menunjukkan kelemahan di Kelenjar Pituitari.

Kita akan memahami satu persatu organ tersebut dan semoga maklumat ini digunakan sepenuhnya oleh generasi ini, insyaallah.

Semoga kita semua terutama para pelajar dapat memahami anugerah ini dan memanfaatkan sepenuhnya bukan sahaja semasa berada di alam pembelajaran malah setelah memasuki alam yang lebih mencabar lagi.

1. NW 1 : Kelenjar Pineal
  • Frequency 0 - 100 nanometer menyamai vibration sinar atau warna putih.
  • Terletak di bahagian atas sekali di dalam tubuh / ubun-ubun.
  • Antara peranan kelenjar pineal ialah merembeskan hormon melatonin (iaitu hormon yang telah dikenalpasti) dan beberapa hormon lain (yang masih dalam kajian dunia biologi) yang bertindak sebagai pembawa isyarat elektrik untuk merangsang tenaga.
  • Kita boleh mengesan kelemahan atau tanda sekiranya Kelenjar Pineal kita lemah dengan cara menekan bahagian ubun-ubun. Jika terasa sakit, maka Kelenjar Pineal anda lemah. Tanda lain ialah seseorang akan merasa kerap berdiri bulu roma, atau bulu roma mudah meremang secara tiba-tiba tanpa sebab atau pada waktu bangun subuh atau dengan sebab seperti terasa seram atau mendengar orang berkata sesuatu yang sensasi sedangkan kata-katanya itu tidak benar.
  • Antara perkara atau simptom yang berkaitan dengan kelebihan Kelenjar Pineal ialah; Kejutan kemalangan atau hentakan, program immunisasi, memulihkan semangat, meningkatkan keyakinan, delusi halunisasi, skizophernia, koma, kelesuan.
  • Pembelajaran :
    Kecergasan rohani / ilham motivasi diri secara semula jadi, merangsang otak, pencetus ilham, meningkatkan keyakinan, memulihkan semangat.
  • Penjagaan : kelenjar pineal berkait rapat dengan kerohanian/spiritual, oleh itu kewajipan terhadap Pencipta kita hendaklah dititikberatkan, lagipun, kepada siapa kita memohon pertolongan melainkan Dia
  • Malas adalah simptom yang menunjukkan kelenjar pineal lemah, oleh itu sekiranya pelajar mempunyai sikap malas, kajilah ibadat anda


Tuesday, April 8, 2008

Minum Air Banyak - Realiti atau Mitos

My Rainbow Text - http://www.myrainbowtext.com

Dimana-mana, kita disarankan minum air 8 gelas sehari. Sekiranya kita berjumpa doktor, kebanyakannya akan menasihati agar banyakkan minum air untuk sihat. Berlainan dengan pakar Colour Vibration Therapy (CVT), kita disarankan supaya kurang minum air. Malahan, sehari sebenarnya, tubuh kita hanya memerlukan 1 1/2 gelas air sejuk sahaja sehari. Mungkin ramai yang sangsi, dan ada juga yang memberi alasan, bibir akan kering sekiranya kurang minum air. Maklumat mengenai tatacara minum air dan kemudaratan yang akan dialami sekiranya kita minum banyak air boleh didapati dalam blog Dr. Ariffaizal di artikel Petua Pengambilan Makanan. Semoga kita dapat manfaat dari artikel ini.

Di sini juga, saya kongsi bersama kajian yang telah dibuat oleh Universiti Pennsylvania yang dimuatkan dalam suratkhabar Utusan Malaysia bertarikh 4 April 2008. Kepada pembaca yang tidak berkesempatan membacanya boleh merujuk di sini. Artikel tersebut bertajuk "Minum air banyak tidak bermakna lebih sihat - Kajian."

WASHINGTON 3 April - Satu kajian oleh Universiti Pennsylvania menunjukkan tanggapan bahawa minum air dalam kuantiti yang banyak baik untuk kesihatan sebenarnya tidak mempunyai bukti kukuh.

Dua penyelidik dari universiti tersebut, Dr. Stanley Goldfarb dan Dr. Dan Negoianu yang mengkaji risalah saintifik mengenai kesan air terhadap kesihatan mendapati pengambilan air yang banyak tidak bermakna seseorang itu akan lebih sihat.

Mereka mendapati, orang yang tinggal di kawasan beriklim panas memang memerlukan lebih banyak air sementara orang yang menderita beberapa jenis penyakit lebih cergas dengan pengambilan air yang lebih.

"Namun ia tidak menunjukkan minum air dalam kuantiti yang banyak akan menjamin kesihatan seseorang itu,"tegas mereka.

Hasil kajian yang disiarkan dalam Journal of the American Society of Nephrology itu sekaligus menafikan saranan bahawa minum lapan gelas sehari akan membuatkan "seseorang itu lebih sihat."

Penemuan mereka itu sekaligus mengiakan kajian Dr. Heinz Valtin dari Sekolah Perubatan Dartmouth pada 2002 yang mendapati saranan pengambilan banyak air adalah "dongeng dan bukan satu dogma perubatan."

Goldfarb dan Negoianu menjalankan ujian dalam "empat mitos besar" mengenai pengambilan air dengan banyak iaitu pembuangan toksin, meningkatkan warna kulit, mengurangkan rasa lapar dan menurunkan kekerapan sakit kepala.

Pembaca budiman, semoga dapat manfaat atas maklumat ini.

Tuesday, February 19, 2008

Uniknya ...


My Rainbow Text - http://www.myrainbowtext.com





Lapisan atmosfera ; Di bumi, ada 7 lapisan atmosfera seperti yang dicatat dalam Al-Qur'an. Hujan, salji dan tiupan angin hanya berlaku di lapisan yang ketujuh (yang bawah sekali) iaitu di lapisan Exosphere.



Keunikan manusia dilihat melalui cap jari yang telah dicatatkan juga dalam Al-Qur'an, hal ini hanya diketahui pada akhir kurun ke 19. Sebelum itu, manusia menganggap di ibu jari mereka hanya lengkok yang biasa dan tidak mempunyai apa-apa makna.

Lautan tidak bercampur di antara satu sama lain dan juga telah dicatatkan dalam Al-Qur'an.









Tuesday, February 12, 2008

Fakta untuk dikongsi bersama


My Rainbow Text - http://www.myrainbowtext.com

Kapal Titanic bergerak selaju 22 knots ketika ia berlanggar dgn bungkah ais.
************************************************************
Air minuman 7-up dicipta pada tahun 1929. '7' dipilih kerana pada asalnya ia mengandungi 7 auns air manakala 'up' pula kerana buihnya yang naik ke atas.
************************************************************
Doktor gigi menasihatkan kita supaya menyimpan berus gigi jauh 6 kaki dari tandas untuk mengelak percikan air tandas bila kita flush.
************************************************************
Pada zaman Rom purba, orang yang hidungnya bengkok dianggap bakal seorang pemimpin.
************************************************************
Diet Coke mula dicipta pada tahun 1982.
***********************************************************
Buah strawberi ada lebih vitamin C dari buah oren.
***********************************************************
Sebarang cecair di angkasa berbentuk bulat akibat tekanan graviti
***********************************************************
Kicap adalah bahan terbaik untuk mencuci loyang.
***********************************************************
1 hari di planet Pluto bersamaan dengan 1 minggu di bumi.
***********************************************************
Pasukan polis yg pertama di dunia ditubuhkan di Perancis pada tahun 1667
***********************************************************
Perang terpendek ialah di antara Zanzibar dan England pada 1896. Zanzibar menyerah kalah selepas 38 minit.
***********************************************************
Setiap dari kita menghasilkan 3.5 pound sampah setiap hari dan kebanyakannya ialah kertas.
***********************************************************
Tiada kertas yg boleh dilipat lebih dari 7 kali.
***********************************************************
Seorang dari 4 rakyat Amerika Syarikat pernah muncul di kaca tv.
***********************************************************
Rakaman suara yang pertama di dunia dibuat oleh Thomas Edison pada 1877 dan rakamannya ialah' Mary had a little lamb'
***********************************************************
Hobi yg paling banyak mengeluarkan duit ialah berkebun.
***********************************************************
Pokok Oak tidak berbuah melainkan ia telah berusia lebih 50 tahun.
***********************************************************
Kebanyakan vitamin C pada buah ialah di kulitnya.
***********************************************************
Pin bowling hanya perlu mengiring 7.5 darjah untuk jatuh.
***********************************************************
Kerusi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi.
***********************************************************
Setiap galen air laut ada 1/4 paun garam
***********************************************************
American Airlines menjimatkan sebanyak US40,000 pada tahun 1987 tidak lagi meletakkan buah zaitun pada setiap hidangan salad di tempat penumpang kelas 1
***********************************************************
Kapalterbang Jumbo menggunakan 4,000 galen minyak untuk terbang.
***********************************************************
Planet Venus adalah satu satunya planet yang berputar mengikut arah jam. (Lihat info menarik Pergerakan ke kanan di sini.)
***********************************************************
CD pertama yang dikeluarkan ialah di US olah Bruce Springsteen(Born in USA)
***********************************************************
Kanak-kanak belajar tentang hidup lebih banyak dari TV dari yang lain
***********************************************************
Purata setiap kanak-kanak menghabiskan waktu selama 28 jam menonton tv, 2 kali lebih banyak dari masa yang dihabiskan di sekolah.
***********************************************************
Jika anda kuncikan lutut anda sambil berdiri untuk beberapa jam, anda akhirnya akan pengsan.
***********************************************************
Novel Tom Sayer adalah novel pertama yang dihasilkan menggunakan mesintaip.
***********************************************************
Kebanyakan habuk di rumah adalah dari sel kulit yang dah mati
***********************************************************
Pemilik pertama Syarikat rokok Malboro mati akibat kanser paru-paru.

Friday, January 25, 2008

Rahsia Solat dan Qiyamullail


My Rainbow Text - http://www.myrainbowtext.com

Antara rahsia solat pada waktu tengah malam :
  1. Pakar perubatan mendapati bahawa waktu solat antara jam 3-4 pagi amat baik untuk kesihatan. Semasa itu, oksigen sedang tepu di atmosfera bumi dan oksigen tepu ini sangat baik untuk paru-paru. Ia akan hilang apabila matahari terbit.
  2. Pakar dari England, Prof. Dr. Ray Meddis mengatakan tidur sempurna memadai 3 hingga 5 jam sehari. Seseorang akan dapat deep sleep antara 3 hingga 4 jam sahaja, bagi yang tidur 7 jam, masa selebihnya hanya tidur-tidur ayam.
  3. Pergerakan solat adalah sama dengan senaman. Semasa berdiri tegak dan bertakbir, rongga toraks dalam paru-paru dibesarkan isi padunya, membenarkan lebih banyak udara masuk, dan seterusnya udara tersebut akan diagih-agihkan ke seluruh anggota melalui pergerakan solat.
  4. Posisi duduk antara dua sujud dan tahiyat yang melibatkan pergerakan tumit, pangkal paha, kelengkang dan jari kaki, dapat melancarkan perjalanan darah dan merupakan suatu bentuk senaman. Ketika rukuk, tangan diletak atas lutut. Kedudukan punggung yang mendatar bagi menggerakkan ruas tulang punggung, tulang leher dan sebagainya. Pergerakan ini dipercayai mampu menghilangkan stres.

Walau bagaimanapun, niat utama untuk solat jangan dilupakan; untuk menunaikan kewajipan dan beribadat kepadaNya disamping dapat manfaat sebagai seorang hambaNya.

Thursday, January 17, 2008

Hanya Dia ...


My Rainbow Text - http://www.myrainbowtext.com














Terima kasih kepada rakan-rakan yang menghantar gambar-gambar ini kepada saya dan saya kongsikan bersama semua pembaca blog yang budiman.

Tuesday, January 8, 2008

Kuiz Rawatan Kesihatan Kembali Menggegarkan!!!

My Rainbow Text - http://www.myrainbowtext.com

Bermula dari 6 Januari 2008 hingga 15 Februari 2008, Dr. Arriffaizal sekali lagi membuka peluang kepada pengunjung-pengunjung blognya untuk menyertai Kuiz Rawatan Kesihatan. Di samping menambah ilmu, kita semua berpeluang memenangi hadiah berbentuk wang tunai. Maklumat lanjut berkenaan kuiz tersebut boleh dilayari di Blog Peribadi beliau, marilah sertai bersama, saya merupakan salah seorang pemenang kuiz yang pertama. Bukit kemenangan saya dipaparkan di bawah:

Paparan 1 : Dihubungi oleh Dr. Ariffaizal mengenai kemenangan dalam kuiz tersebut.

Paparan 2 : Menerima RM100.00 tunai.
Pada awalnya, saya melayari blog Dr. Ariff untuk mendapatkan maklumat berkenaan rawatan alternatif Colour Vibration Therapy (CVT) dan telah mengajukan beberapa soalan kepada beliau. Saya dapati beliau selalu mengemaskini maklumat di blog beliau dan ini memudahkan saya mendapatkan penjelasan berkenaan kesihatan. Pada bulan November 2007, Dr. Ariff telah menambahkan keistimewaan pada blognya iaitu dengan menyertakan kuiz yang boleh disertai oleh sesiapa sahaja. "Program realiti" ini patut disertai oleh semua lapisan masyarakat untuk berkongsi atau menambah ilmu pengetahuan. Kita perlu membuka mata dan minda untuk menerima ilmu yang banyak memberi manfaat kepada kita semua, memang kita sudah terlalu biasa dengan rawatan di hospital(allopati) sehingga sukar untuk mengikis kepercayaan tersebut, tetapi, berilah peluang kepada diri kita sendiri, layarilah dahulu blog Dr. Ariff ini, insyaallah, kita tidak akan rugi.
Akhir kata, Selamat menyertai Kuiz Rawatan Kesihatan musim kedua!!!

Friday, January 4, 2008

Fadhilat Muharram-benar atau sebaliknya

Awal Muharram bakal menjelang tiba, saya melawati beberapa laman web untuk mendapat informasi berkenaan bulan Islam yang mulia ini. Banyak laman web yang menceritakan peristiwa penting yang berlaku pada bulan Muharram dan fadhilat pada 10 hb Muharram. Fadhilat-fadhilat yang dimaksudkan adalah seperti berikut :



1. Meluangkan masa dan belanja anak isteri : Fadhilat dimurahkan rezeki pada tahun tersebut

2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menunjukkan orang sesat. Fadhilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
4. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
5. Bersedekah. Fadhilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
6. Mandi Sunat. Fadhilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
7. Bercelak. Fadhilatnya - tidak akan sakit mata pada tahun itu
8. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
9. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
10. Membaca - "ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru". Fadhilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
11. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilatnya - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

12. Puasa - Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



Dari sumber al-ahkam.net, sumber diperolehi adalah dari Hadis yang sangat lemah. Bulan-bulan dalam Islam telah diperkenalkan oleh Saidina Umar Al-Khatab (r.a) dan beliau juga yang memberi nama bulan-bulan tersebut. Sekiranya nama-nama bulan Islam ini diperkenalkan pada zaman sahabat, maka dari sumber manakah hadith-hadith berkenaan bulan Muharram itu datang?



Terdapat juga amalan doa awal dan akhir tahun dimana doa akhir tahun hendaklah dibaca pada waktu Maghrib, tetapi sumber hadith ini juga adalah lemah kerana kita boleh berdoa pada bila-bila masa.



Secara peribadi, semasa membaca fadhilat 10 Muharram tersebut, saya agak musykil apakah rasional fadhilat pertama iaitu meluangkan masa dan belanja anak isteri pada hari tersebut, bukankah perkara tersebut boleh dibuat selalu dan tidak perlu menunggu sehingga 10 Muharram, ia sama seperti mengadakan majlis harijadi sedangkan tiada tuntutan dalam Islam untuk menyambut hari lahir ini.

Fadhilat yang ke10 pun lagi mencurigakan dimana sekiranya kita membaca doa tersebut pada 10 Muharram, kita tidak akan mati pada tahun itu, sedangkan ajal maut, Allah (S.W.T) yang tentukan.

Dari sumber al-Ahkam.net, perkara sunat yang boleh diterima ialah berpuasa, tetapi fadhilatnya juga dipersoalkan iaitu mendapat pahala 1000x haji, 1000x umrah, 1000x syahid dan diharamkan neraka, sedangkan Fadhilat berpuasa terdapat di dalam riwayat Abu Qatadah ra, beliau berkata : Rasulullah saw bersabda :
صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية
"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas" -[Hadith diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi, Nailul Authar, 4/323].


Berkata Imam Ibn al-Qayyim rh :-
أحاديث الاكتحال يوم عاشوراء، والتزين، والتوسعة والصلاة فيه، وغير ذلك من فضائل، لا يصح منها شيء، ولا حديث واحد، ولا يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم فيه شيء، غير أحاديث صيامه، وما عداها فباطل. وأمثل ما فيها: "من وسَّع على عياله يوم عاشوراء، وسع الله عليه سائر سنته"، قال الإمام أحمد: لا يصح هذا الحديث.


"Hadith-hadith tentang bercelak pada hari Asyura', berhias, meluaskan sesuatu perkara, solat khusus pada harinya dan lain-lain kelebihan tidak ada sesuatupun yang sahih, Ia tidak thabit dari Nabi :saw mengenainya selain dari hadith-hadith tentang puasa. Perkara yang selain dari amalan berpuasa adalah Batil. Misalnya : "Sesiapa yang meluaskan memberi makan keluarganya pada hari 'Asyura, Allah akan meluaskan untuknya sepanjang tahun." [Fiqh al-Shiyam, al-Qaradhawi, ms 144].


Pandangan dari rakan-rakan semua dialu-alukan supaya kita mendapat maklumat yang sebenar berkenaan amalan-amalan pada hari atau bulan tertentu ini. Saya tidak bermaksud mempertikaikan amalan-amalan pada 10 hb Muharram ini, tapi pada pandangan saya eloklah sesuatu amalan itu dilakukan dengan ikhlas dan bukan disebabkan ganjaran yang menanti kerana hanya Allah (S.W.T) sahaja yang berhak menilai amalan kita. Wallahu'alam.


* Selamat menyambut tahun baru Hijriyyah yang bakal menjelang.